Topik utama dalam artikel ini:

Cara buat pasif income – ini cara saya buat pasif income setiap hari

Topik utama dalam artikel ini:

Dalam blog ni, saya cerita cara buat pasif income di Malaysia dengan 5 strategi mudah, realistik & automatik.

Sesuai untuk beginner walaupun anda sibuk bekerja

Saya cerita sendiri macam mana diri saya sendiri buat pasif income setiap hari!

 

Pengalaman Pertama Saya Jana Pasif Income

Selepas saya tamat belajar di UiTM Sabah, saya mula buat bisnes online dalam bidang pelancongan.

Saya buat website yang ada sistem booking automatik.

Bila pelancong buat tempahan pakej melalui website saya, semuanya berlaku automatik. Sistem tu uruskan segalanya dari notifikasi kepada driver, vendor, sampai ke pengesahan booking. Saya tak perlu buat apa-apa.

Satu pagi, saya bangun tidur dan buka handphone—nampak ada booking baru, duit pun dah masuk akaun bank!

Itulah kali pertama saya rasa sendiri cara buat pasif income

Fast forward hari ini, saya gunakan robot trading untuk jana pasif income secara automatik setiap hari.

Bila kawan-kawan nampak income harian saya, mereka pun nak cuba dan sekarang kami semua terima pasif income setiap bulan secara konsisten!

 

Apa Itu Pasif Income?

Cara buat pasif income bermaksud anda terima duit secara berterusan tanpa perlu bekerja aktif setiap hari. Anda hanya setup sistem sekali sahaja, kemudian income akan masuk secara automatik.

 

Contoh sumber cara buat pasif income popular di Malaysia:

  • Sewa hartanah (rumah sewa atau homestay)
  • Dividen saham (contoh: Maybank, Public Bank)
  • Jualan produk digital (ebook atau online course)
  • Komisen affiliate (anda promote produk orang lain)
  • Robot trading forex automatik

 

Kenapa Anda Perlu Jana Pasif Income?

Kebanyakan rakyat Malaysia bergantung pada gaji bulanan semata-mata. Tapi…

  • ❌ Kos hidup makin meningkat, gaji tetap tak cukup.
  • ❌ Tak cukup masa untuk buat kerja tambahan.
  • ❌ Duit simpanan tak berkembang.
  • ❌ Terlalu bergantung pada kerja utama sahaja.

 

Kelebihan pasif income:

  • ✅ Pendapatan tambahan setiap bulan tanpa kerja aktif.
  • ✅ Kurangkan stress kewangan.
  • ✅ Lebih masa untuk keluarga.
  • ✅ Peluang capai financial freedom lebih awal.

 

5 Cara Buat Pasif Income di Malaysia Yang Anda Boleh Mula Hari Ini

 

✅ 1. Robot Trading (Pendapatan 100% Automatik)

Robot trading ialah satu sistem automatik yang trade forex untuk anda. Maksudnya, robot ini akan beli dan jual mata wang asing (contohnya USD, EUR, atau GOLD) secara automatik tanpa anda perlu duduk depan komputer.

Kalau anda pernah dengar pasal forex trading tapi tak tahu macam mana nak mula, ini cara paling mudah. Anda cuma perlu setup robot sekali, dan biarkan ia bekerja 24 jam sehari untuk jana income.

Bayangkan anda tidur, tapi robot tu sedang bekerja — dan bila anda bangun pagi, anda nampak ada profit masuk ke akaun trading anda. Inilah salah satu cara buat pasif income yang paling cepat nampak hasil.

  • Modal mula: RM100 ke atas
  • Pasif ke?: Ya — lepas setup, anda tak perlu buat apa-apa lagi. Hanya collect duit sahaja

 

✅ 2. Buat Blog atau Channel YouTube

Kalau anda suka menulis atau buat video, ini satu lagi cara buat pasif income yang best. Anda hasilkan kandungan sekali, dan selagi orang tengok video atau baca artikel anda — anda akan terus dapat duit.

Blog jana duit melalui iklan (contoh Google AdSense), affiliate link, atau paid review. YouTube pula boleh jana income dari views, ads, dan sponsor.

Contohnya: anda buat satu video tentang resepi nasi lemak. Video tu viral dan dapat 100,000 views. Setiap bulan, views tu bertambah, dan anda terus dapat income dari YouTube walaupun anda dah tak buat video baru.

  • Modal mula: RM0–RM200 (hosting untuk blog, kamera basic untuk video)
  • Pasif ke?: Ya — lepas content stabil, anda boleh stop sekejap pun masih ada income

 

✅ 3. Pelaburan Saham

Pelaburan ada 2 jenis:

1. Non-Productive Asset: ialah investment yang anda beli… dan TUNGGU harga naik baru boleh jual dan untung
Contoh:

– Beli emas

– Beli bitcoin

– Beli tanah

 

Anda beli dengan harapan harga akan naik.

Tapi sementara tunggu tu?

Duit anda diam. Tak bekerja. Tak hasilkan apa-apa. Tak masuk akaun bank, tak bantu bayar sewa rumah, tak bantu topup minyak kereta.

Selagi anda tak JUAL, selagi tu anda tak nampak satu sen pun masuk poket.

 

2. Productive Asset: ialah pelaburan yang anda beli, dan setiap bulan anda DIBAYAR dan terima duit pasif income sebab anda pemilik.
Contoh:

– Beli rumah, dan sewakan

– Ada bisnes, atau kilang, atau kedai, yang jalan sendiri dan bagi untung

– Labur dalam saham yang bagi dividen tunai secara konsisten

 

Saham dividen bermaksud anda beli saham syarikat yang setiap tahun beri sebahagian keuntungan mereka kepada pemegang saham. Inilah yang dipanggil “dividen.”

Contohnya, kalau anda beli saham Maybank sebanyak RM1,000, dan syarikat umumkan dividen 5%, anda akan terima RM50 setiap tahun — tanpa buat apa-apa.

Lagi banyak saham anda simpan, lagi besar dividen. Ramai orang simpan saham bertahun-tahun dan terima duit dividen secara konsisten — macam bonus setiap tahun.

bayangkan anda ada aset yang bagi RM1,000 setiap bulan. Bulan depan, masuk lagi. Bulan satu lagi, masuk lagi.

 

cashflow first. itulah mindset jutawan!

 

✅ 4. Affiliate Marketing

Affiliate marketing ialah cara buat pasif income yang ramai orang buat. Anda promote produk orang lain, dan bila ada orang beli melalui link anda — anda dapat komisen.

Contohnya anda share satu produk Shopee (macam powerbank), dan bila ada orang klik link anda dan beli, anda dapat komisen 5%–10% secara automatik.

Anda boleh buat video review, tulis artikel blog, atau post di media sosial. Bila konten tu viral, komisen terus masuk setiap hari walaupun anda dah tak promote lagi.

  • Modal mula: RM0 (boleh mula terus tanpa kos)
  • Pasif ke?: Semi-pasif — lepas post sekali, komisen masuk berkali-kali

 

Contoh platform affiliate:

 

✅ 5. Sewa Hartanah

Ini cara buat pasif income yang klasik. Anda beli rumah atau apartment, kemudian sewakan kepada orang lain. Setiap bulan, anda akan terima bayaran sewa secara tetap.

Kalau anda ada bilik kosong, anda juga boleh sewakan melalui Airbnb atau iBilik. Ramai orang buat duit dengan hanya sewakan bilik di rumah sendiri.

Contoh: rumah anda ada 3 bilik. Anda duduk satu, dan dua lagi bilik anda sewakan RM600 sebulan. Total anda dapat RM1,200 setiap bulan — itu pun dah jadi pasif income.

  • Modal mula: RM10,000 ke atas (untuk deposit rumah atau renovation)
  • Pasif ke?: Semi-pasif — anda perlu uruskan tenant, tapi boleh automate banyak proses

 

Kesimpulan & Nasihat Penting

Kalau anda baru nak mula, pilih cara buat pasif income yang paling senang dengan modal rendah seperti robot trading atau affiliate marketing. Lagi cepat anda mula, lagi cepat anda nampak hasil.

Semoga artikel ini beri inspirasi dan pencerahan kepada anda untuk mula buat pasif income dan capai financial freedom!

 

Soalan Lazim (FAQ)

Apa beza cara buat pasif income dan aktif income?
Pasif income: Duit masuk automatik. Aktif income: Anda perlu kerja setiap kali nak duit.

Berapa modal minimum nak mula pasif income?
Anda boleh mula dari RM0 (affiliate) atau RM300 (robot trading).

Saya beginner langsung, boleh mula ke?
Boleh sangat. Pilih cara paling mudah seperti robot trading atau affiliate marketing.

Picture of Fareez Billionaire

Fareez Billionaire

I help people earn passive income and scale it up to $1 million

Isi detail anda dibawah